( Local Automotive Club )
Home­1­Calendar­Gallery­FAQ­Search­Memberlist­Usergroups­Register­Log in

- Welcome To Website TonGkop Performance Team - www.tongkop.org -

- Pertandingan Bowling akan diadakan pada 27 mac 2010 tuk Warga T.P.T-Tarikh tutup penyertaan 20 mac 2010-Untuk keterangan lanjut sila hubungi V.I.P -

- Bagi sesiapa yang ingin memiliki T-shirt T.P.T, Sila hantar T-shirt hitam berkolar anda kepada bI_Rain & vip sebelum atau pada 31 Mac 2010,TQ -

Post new topic    Reply to topic
 

TEMUDUGA TERBUKA ( MUSLIM SAHAJA )

View previous topic View next topic Go down 
Author Message
ladyMermaid



Number of posts: 2
Age: 23
Location: papar
Registration date: 2009-07-23

PostSubject: TEMUDUGA TERBUKA ( MUSLIM SAHAJA )   Thu Jul 23, 2009 10:14 am

[u][b]TEMUDUGA SEBAGAI: CALON JENAZAH
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini...
[/b][/u]
Back to top Go down
View user profile
cute n simple



Number of posts: 229
Age: 23
Location: papar ke pulakop
Registration date: 2008-12-10

PostSubject: Re: TEMUDUGA TERBUKA ( MUSLIM SAHAJA )   Thu Jul 23, 2009 9:41 pm

LADYMERMAID
_________________
Back to top Go down
View user profile http://www.tongkop.org
>Mycheiyo<



Number of posts: 9
Age: 25
Registration date: 2009-05-28

PostSubject: Re: TEMUDUGA TERBUKA ( MUSLIM SAHAJA )   Sun Jul 26, 2009 11:48 pm

Insya-Allah...

Semoga selamat duania dan akhirat...
dan diberikan petunjuk yang benar kepada mereka yang sesat....

Amin ya Allah...
Back to top Go down
View user profile
cRaPeAhZy (",)v



Number of posts: 157
Age: 13
Location: E66, BoOmiy~
Registration date: 2008-12-10

PostSubject: Re: TEMUDUGA TERBUKA ( MUSLIM SAHAJA )   Thu Aug 06, 2009 11:09 pm

agree Neutral
_________________
¸¸¸¸¸¸.·´¯`·.¸¸ღ♥¸¸.·´¯`·.¸¸ღ♥ღ♥¸¸.·´¯`·.¸¸ღ♥¸¸.·´¯`·.¸¸¸¸¸¸
http://www.tongkop.org/profile.forum?mode=viewprofile&page_profil=messages&u=10
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/safiye.sparrow
Rudie



Number of posts: 10
Age: 29
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2009-08-24

PostSubject: Re: TEMUDUGA TERBUKA ( MUSLIM SAHAJA )   Sun Aug 30, 2009 12:32 am

ble sya tau ka apa tujuan ni topic...????
sya keliru ni..
topic ni dbuat untuk peringatan atau saja2 suka2...
Back to top Go down
View user profile
bI RaIn



Number of posts: 177
Age: 20
Location: pa paR
Registration date: 2008-12-08

PostSubject: Re: TEMUDUGA TERBUKA ( MUSLIM SAHAJA )   Mon Feb 08, 2010 12:58 am

Rudie wrote:
ble sya tau ka apa tujuan ni topic...????
sya keliru ni..
topic ni dbuat untuk peringatan atau saja2 suka2...





lek ba bro.. itu pn slh satu dri chit chat.. hehe.. chit chat ni kan umum.. so apa2 topik ble msuk k.. janji kta share sma2.. huhu..
Back to top Go down
View user profile

TEMUDUGA TERBUKA ( MUSLIM SAHAJA )

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum: You cannot reply to topics in this forum
 :: Public Realtion :: TonGkop Chit Chat -
Post new topic    Reply to topic